KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD

 

ATURAN PINJAMAN

Tajuk

1.1 Aturan  ini  adalah  di namakan “Aturan  Aktiviti Pinjaman  Koperasi KKGLM Malaysia Berhad".

1.2 Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil 9(3) dan 45 (2) (x) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi ini.

Tafsiran

2.1 “Akta” ertinya Akta Koperasi 1993 pindaan 2007;

2.2 “Anggota” ertinya seseorang yang turut sama dalam permohonan pendaftaran Koperasi ini dan seseorang yang diterima menjadi anggota mengikut Peraturan dan Undang-undang Kecil selepas pendaftaran sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

2.3 ‘Aturan’ ertinya Aturan bagi Koperasi ini termasuklah pindaan-pindaan kepadanya dari semasa ke semasa yang telah dipersetujui dalam mesyuarat agung;

2.4 ‘Jawatankuasa’ atau ‘jawatankuasa kecil’ ertinya jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga koperasi ini bagi mengendalikan pentadbiran dan pengurusan aktiviti ini mengikut Undang-undang Kecil 45(2) (w);

2.5 “kenderaan” ertinya kenderaan yang mempunyai surat milik yang sah;

2.6 “KKGLM” ertinya Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab;

2.7 ‘Koperasi’ atau ‘Koperasi ini’ ertinya Koperasi KKGLM Malaysia Berhad;

2.8 ‘Anggota Lembaga’ ertinya badan pengelola koperasi ini yang dilantik di bawah Undang-undang Kecil 35;

2.9 ‘Undang-undang Kecil’ ertinya Undang-undang Kecil Koperasi  KKGLM Malaysia Berhad;

2.10 “Yuran” ertinya jumlah wang yang disumbangkan pada lat-lat masa yang tetap oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam Koperasi ini dan tidak boleh dikeluarkan kecuali menurut syarat yang ditetapkan dalam Undang-undang Kecil atau apabila tamat keanggotaannya, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen  2 Akta Koperasi 1993;

DOWNLOAD ATURAN PINJAMAN LENGKAP

 

 

 

 

hakcipta terpelihara (c) koperasi kkglm (m) berhad 2012| Design by NIK NORBAIZURA