KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD

 

KEANGGOTAAN

KEANGGOTAAN

Anggota-anggota Koperasi ini termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan mendaftarkan Koperasi ini dan yang telah menandatangan minit mesyuarat agung. permulaan koperasi dan seseorang yang diterima menjadi anggota menurut Peraturan dan undang-undang kecil ini selepas pendaftaran.

Kelayakan menjadi anggota

Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada semua Pegawai  Perkhidmatan Pelajaran yang menjadi ahli Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) termasuk yang telah bersara sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran.

Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah:-

a) warganegara Malaysia;

b) telah mencapai umur lapan belas tahun;

c) bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan

d) bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar,

atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

Terhenti menjadi anggota

Keanggotaan  seseorang   anggota   terhenti  atas  sebab berikut:

a) mati;

b)menarik diri menurut undang-undang kecil 22; atau

c) dibuang menurut undang-undang kecil 23.

Lembaga hendaklah menyingkir seseorang anggota yang :-

a) didapati membuat ikrar palsu menurut undang-undang kecil 14;

b) hilang kelayakan sebagai anggota menurut undang-undang kecil 20;

c) terhenti keanggotaannya menurut perenggan (c) fasal (1);

d) gagal menjelaskan syer minimum menurut undang-undang kecil 55; atau

e) gagal menjelaskan yuran enam bulan berturut-turut dengan tiada kebenaran Lembaga menurut undang-undang kecil 56. 

Menarik diri

Seseorang anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini dengan memberi notis bertulis enam bulan terlebih dahulu kepada Lembaga. Atas sebab yang munasabah, Lembaga boleh membenarkan penarikan diri dalam tempoh yang singkat.

Melainkan tarikh lebih awal dipersetujui oleh Lembaga, maka keanggotaan anggota itu hendaklah terhenti hanya pada hari genap tempoh notisnya.

Dalam tempoh notis itu, anggota yang demikian hendaklah masih mempunyai hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota.

Penyelesaian wang anggota

Jika seseorang anggota terhenti daripada menjadi anggota Koperasi ini menurut undang-undang kecil 21, semua wang kepunyaannya melainkan nilai syer miliknya, setelah ditolak hutangnya dengan Koperasi ini hendaklah :-

a) sekiranya dia ditamatkan keanggotaannya, dikembalikan kepadanya dengan segera tanpa apa-apa syarat;

b) sekiranya dia hilang keupayaan dari segi mental dan tiada pentadbir atau pemegang amanah bagi hartanya yang telah dilantik, dikembalikan kepada sesiapa yang difikirkan wajar untuk menerima bagi pihaknya sebaik sahaja penerima itu ditentukan;

c) sekiranya dia mati, dikembalikan kepada penamanya atau warisnya atau wakilnya yang sah, menurut seksyen 24 Akta, disyaratkan dibuat melainkan kepada wakilnya yang sah atau kepada Pegawai Pentadbir Pusaka jika selepas enam bulan dari tarikh kematiannya, wakilnya yang sah tidak dapat dipastikan atau tidak dilantik;

d) sekiranya dia menarik diri, dikembalikan kepadanya selepas akhir tempoh notis; dan

e) sekiranya dia tidak lagi bermastautin mempunyai hartanah dan bekerja dalam kawasan operasi Koperasi, dikembalikan kepadanya dengan sewajarnya.Koperasi, dikembalikan kepadanya dengan sewajarnya.

Tanggungjawab anggota

Selain daripada ALK yang bertanggungjawab terhadap tadbir urus Koperasi,sebagai anggota juga tidak terkecuali daripada tuntutan tanggungjawab :-

(i) Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan di kawasan masing-masing.

(ii) Memastikan potongan yuran anggota tidak terputus selama 6 bulan berturut-turut.

(iii) Memaklumkan kepada ibu pejabat jika berpindah alamat tempat bertugas atau bertukar sekolah.

(iv) Membuat pengesahan baki hutang dan jumlah yuran terkumpul sebaik sahaja menerima penyata daripada ibu pejabat.

(v) Mendapatkan maklumat terkini koperasi melalui laman web koperasi.

(vi) Menghadiri kursus, seminar atau bengkel setelah diarah oleh koperasi.

(vii) Memahami dan menghayati akta dan undang-undang kecil koperasi.

(viii) Membuat teguran ke arah penambahbaikan koperasi secara berhemah samaada melalui surat atau pembincangan dalam Mesyuarat Agung Kawasan atau Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.

(ix) Mengambil bahagian yang cergas dalam perbahasan agenda Mesyuarat Agung.

(x) Mengisi borang khas yang disediakan jika ingin berhenti menjadi anggota kerana bersara atau ingin menamatkan keanggotaan koperasi.

 

hakcipta terpelihara (c) koperasi kkglm (m) berhad 2012| Design by NIK NORBAIZURA