Koperasi KKGLM Malaysia Berhad

Pembiayaan Kecemasan

Saat-saat tabungan anda semakin surut, tiada siapa yang dapat membantu. Bebanan ini akan dikongsi oleh kami. kami faham, sebagai ibubapa, pendidikan anak-anak penting dan ia selalunya terkategori dalam kecemasan. Dengan kadar serendah 4.85% dan jumlah maksima sehingga RM10,000, anda mampu menyelamatkan orang yang tersayang untuk kehidupan yang lebih sempurna.

Pembiayaan Kelengkapan Kenderaan

Kereta anda telah lama berusia? Atau mungkin kereta anda selalu mengalami masalah kerosakan major? Pening untuk kos baikpulih yang sangat tinggi? Usah risau lagi, jadilah anggota kami dan dapatkan pinjaman kelengkapan kenderaan maksima sehingga RM5000 dengan kadar faedah 4.85%. Anda bukan sahaja memberi nyawa baru kepada kenderaan anda, bahkan mampu untuk mengubahsuai kenderaan anda menjadi sebuah kereta yang lebih selesa, atau mungkin juga ianya modifikasi impian anda sejak dari hari pertama anda memiliki kereta anda

 

Pembiayaan Pelancongan

Sudah bosan bawa anak-anak melancong dalam negara? Asal saja cuti sekolah selalu naik Cameron Highland. Itu saja yang mampu. Kadangkala terasa juga untuk melancong keluar negara seperti orang lain. Tapi, bajet pula tidak menentu. Tahukah anda, bersama KKGLM, anda boleh melancong ke tempat yang anda idam-idamkan. Mungkin Paris untuk bergamabar di Eifel Tower? Atau mungkin Korea untuk bermain salji yang dingin? Atau mungkin ke Osaka untuk membeli-belah. Atau mungkin juga ke Istanbul untuk melawat negara Islamik yang semakin hari semakin ramai jumlah pelancongnya.

 

Pembiayaan Premier

Sebagai anggota Koperasi KKGLM (M) Berhad yang bijak, anda perlu tahu bagaimana menguruskan kewangan anda. Dengan pinjaman Premier, anda mampu untuk membuat pinjaman maksima sehingga RM150,000 dengan kadar faedah bayaran balik serendah 4.85%. Dengan nilai ini, anda mampu untuk membeli satu lot rumah banglo yang bersaiz yang agak luas.

Pembiayaan Umrah Haji

Tiada tempat yang paling diidamkan oleh seluruh jiwa umat Islam yang sempurna melainkan menjejakan kaki ke Makkatul-Mukarramah. Bagi yang mempunyai kewangan yang selesa, mereka sanggup untuk menjejakan kaki ke sana berkali-kali sepanjang hidup. Malahan, mereka mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan pakej terbaik yang ditawarkan oleh agensi mutawif. Tidak hairanlah, seandainya puluhan ribu sanggup dibelanjakan bagi keselesaan ibadat terutama sekali penginapan yang paling dekat untuk beribadat di hadapan Ka’abah. Koperasi KKGLM (M) Berhad, dengan berbesar hati, menawarkan kepada anggota, yang ingin menjejakan kaki ke sana, satu bentuk pinjaman bagi meringankan beban perbelanjaan semasa di sana. Bantuan yang diberikan ini diharapkan dapat merealisasikan impian seorang umat Islam yang ingin menunaikan Umrah atau Haji walaupun sekali dalam seumur hidup.