Sejarah Penubuhan Koperasi KKGLM Malaysia Berhad

HUBUNGI KAMI

SEJARAH

Koperasi KKGLM Malaysia Berhad yang telah ditubuhkan pada 20 Januari 1994 telah melalui beberapa transformasi bagi memastikan ianya terus berdaya saing seiringan dengan kemajuan negara dan mampu memberi khidmat terbaik kepada seluruh anggotanya. Walau bagaimanapun, perjalanan Koperasi KKGLM Malaysia Berhad selama hampir 20 tahun bukanlah sentiasa smooth sailing tetapi kita juga telah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan namun atas bantuan dan nasihat kerajaan khususnya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), komitmen Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan yang paling penting sekali kerana kesetiaan lebih kurang 8,000 anggota koperasi maka, Koperasi KKGLM Malaysia Berhad berkembang sehingga kini. Cabaran terbesar yang menjadi keutamaan ALK adalah untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu sebagai penyelesaian masalah kewangan anggota. Pengerusi Koperasi Haji Awang Mohmad telah memperkenalkan konsep “Penyelesaian Masalah Tanpa Masalah”, dengan harapan koperasi ini mampu menjadi pembiaya kepada anggota yang menghadapi masalah kewangan. Bagi memastikan koperasi ini sentiasa bersedia pada bilabila masa untuk membantu anggota, sudah tentulah ia memerlukan dana yang secukupnya. Justeru, koperasi perlu lebih agresif dan kompetetif dalam menjana dana dan keuntungan. Seperti kita sedia maklum, dana bagi sesebuah koperasi datang dari sumbangan ahli dan keuntungan pelaburan. Kedua-dua sumber ini sangat berkait rapat dengan keanggotaan dan tadbirurus yang baik dan berkesan. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk terus berusaha menambah anggota baru koperasi, disamping memperkenalkan produk-produk yang mampu menarik keyakinan mereka yang belum menyertai koperasi. Menjadi tanggungungjawab ALK untuk memikirkan produk atau pelaburan yang menguntungkan koperasi disamping sentiasa mengamalkan tadbirurus yang cekap dan penuh integriti.

VISI KOPERASI

“Koperasi KKGLM Malaysia Berhad menyediakan perkhidmatan yang cekap dan telus bagi mewujudkan suasana ceria dan puas hati dikalangan anggota sekaligus membangunkan koperasi supaya terus cemerlang sepanjang zaman”

MISI KOPERASI

“Memberikan perkhidmatan yang berkualiti, mewujudkan sistem pengurusan yang telus dan akaunbiliti dan juga menjunjung dasar koperasi negara”

PIAGAM KOPERASI

“Berhemah, mesra, telus dan menepati masa adalah amalan Koperasi KKGLM Malaysia Berhad”

NILAI

1. Menyediakan perkhidmatan pembiayaan kredit bersifat mesra pelanggan yang profesional dan efisyen serta patuh syariah.
2. Memberi manfaat kepada anggota dan masyarakat.
3. Mengamalkan budaya kerja masuliyyah, ubudiyyah dan itqan.
Lihat bagaimana urus tadbir koperasi
MUAT TURUN